Piala Agong Perlis vs Perak

Piala Agong Perlis vs Perak
Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia adalah ahli gabungan FAM

Tuesday 24 November 2015

JADUAL SUKU AKHIR PERTAMA PIALA EMAS RAJA-RAJA PADA 29HB NOVEMBER 2015


PERLIS vs PDRM
Tempat : Stadium Tuanku Syed Putra
Waktu  : 4.30 Petang

PAHANG vs KELANTAN
Tempat : Stadium Darul Makmur
Waktu  : 4.30 Petang

TERENGGANU vs ATM
Tempat : Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Waktu  : 8.30 Malam

KUALA LUMPUR vs NEGERI SEMBILAN
Tempat : Stadium UKM Bangi
Waktu  : 4.30 Petang

Sunday 22 November 2015



KEPUTUSAN PERLAWANAN
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2015

Keputusan Perlawanan Piala Emas Raja-Raja ke 75

Tarikh : 20 November 2015 (Jumaat)


KUMPULAN A


Negeri Sembilan (2)  VS  (0)  Melaka
Perlis                 (5)  VS  (0)  P.Pinang


KUMPULAN B


Kuala Lumpur     (3)  VS  (1)  Singapura
PDRM                (0)  VS  (0)  Proton


KUMPULAN C


Putrajaya           (1)  VS  (3)  ATM
Perak                (1)  VS  (5)  Pahang


KUMPULAN D


Selangor            (2)  VS  (1)  Terengganu
Kelantan            (1)  VS  (0)  Kedah




Tarikh : 21 November 2015 (Sabtu)


KUMPULAN A


Negeri Sembilan (4)  VS  (3)  P.Pinang
Melaka              (0)  VS  (5)  Perlis


KUMPULAN B


PDRM                (1)  VS  (1)  Singapura
Proton                (0)  VS  (3)  Kuala Lumpur


KUMPULAN C


Perak                (1)  VS  (2)  ATM
Putrajaya           (0)  VS  (1)  Pahang


KUMPULAN D


Kedah                (1)  VS  (0)  Selangor
Terengganu        (2)  VS  (1)  Kelantan




Tarikh : 22 November 2015 (Ahad)


KUMPULAN A


Negeri Sembilan (0)  VS  (0)  Perlis
Melaka              (0)  VS  (2)  P.Pinang


KUMPULAN B


PDRM                (4)  VS  (0)  Kuala Lumpur
Proton                (3)  VS  (2)  Singapura


KUMPULAN C


Perak                 (2)  VS  (1)  Putrajaya
ATM                   (0)  VS  (1)  Pahang


KUMPULAN D


Selangor             (0)  VS  (1)  Kelantan
Kedah                 (0)  VS  (2)  Terengganu

      


Monday 16 November 2015

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2015

Perlawanan bermula pada 20 November 2015 .


Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia 2013 - 2015


Ikuti perkembangan semasa aktiviti PBSMM di laman sosial Facebook,Twitter dan Instagram


Jadual Perlawanan Pertandingan Piala Emas Raja-Raja ke-75 2015






Berikut adalah kumpulan pasukan yang akan bertanding mengikut kumpulan yang diundi.










Sejarah Penubuhan PBSMM

Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia atau ringkasnya PBSMM merupakan antara persatuan yang tertua di negara ini dan ia telah ditubuhkan pada 19hb April 1947. Pada asalnya Persatuan ini diberi nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (PBSMS). Mesyuarat pertama penubuhan Persatuan ini telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Yang Dipertua pertamanya ialah Dr. Abbas bin Haji Alias, Setiausaha Agung Kehormat, Encik Md Said Abdul Rahman dan Bendahari Kehormat, Encik Mahmud bin Jintan. Persatuan ini telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaya pada tahun 1950 dengan nombor pendaftaran 889/50.
Selepas itu Persatuan ini dipimpin oleh beberapa orang tokoh negara diantaranya ialah, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, Yang Mulia Raja Shahriman bin Raja A. Hamid, Tan Sri Abdul Jamil Rais, Yang Berbahagia Dato' Mahmood Ambak, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Senu Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain yang nama mereka terpahat dalam rekod persatuan ini.
Pada tahun 1989, nama Persatuan ini telah dipinda kepada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia. Pada Ketika itu, Persatuan ini dibawah pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sabbaruddin Chik.
Aktiviti utama Persatuan ini ialah menganjurkan kejohanan Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong. Piala Emas Raja-Raja telah mula dipertandingkan pada tahun 1926 hingga 1946 yang dikendalikan oleh Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA). Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah DYMM Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah DYMM Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah DYMM Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.
Mulai daripada tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Aktiviti kedua Persatuan ini ialah menganjurkan Kejohanan Piala Agong yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kepada Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung untuk dijadikan rebutan pertandingan bolasepak antara pasukan Melayu Utara dan pasukan Melayu Selatan tiap-tiap tahun Perlawanan pertama telah dilangsungkan pada tahun 1962.
Pertandingan ini telah dihentikan pada tahun 1976 kerana kurang sambutan. Tetapi mulai tahun 1978 Piala Agong ini dijadikan rebutan antara pasukan-pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Piala Emas Raja-Raja. Pada tahun berikut dan seterusnya Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja hinggalah tahun 1984.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatudin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mengurniakan Piala Agong yang baru. Oleh yang demikian satu format telah diperkenalkan pada tahun 1985 dimana empat pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Piala Emas Raja-Raja adalah juga berhak memasuki Pesta Bolasepak Piala Agong hingga ke tahun 1988. Pada tahun 1989 format pertandingan ini diubah lagi seperti tahun 1978-1984 iaitu Johan Piala Agong bertemu dengan Johan Piala Emas Raja-Raja.https://www.facebook.com/PersatuanBolasepakMelayuMalaysia/